A Portuguesa
A Portuguesa

A Portuguesa

A Portuguesa (Bahasa Melayu: Orang Portugis), sebutan dalam bahasa Portugis: [ɐ puɾtuˈɣezɐ], merupakan lagu kebangsaan Portugal. Lagu ini disusun oleh Alfredo Keil dan dikarang oleh Henrique Lopes de Mendonça semasa kebangkitan gerakan nasionalis yang dicetuskan oleh ultimatum British pada tahun 1890 kepada Portugal mengenai koloni-koloninya di Afrika. Lagu ini digunakan sebagai lagu mars pemberontakan republik yang gagal pada Januari 1891 di Porto dan digunakan sebagai lagu kebangsaan Republik Portugal yang baru ditubuhkan pada tahun 1911, menggantikan O Hino da Carta (Bahasa Melayu: Lagu piagam), lagu kebangsaan raja berperlembagaan sebelumnya yang telah tiada